“Jaga mulut, penulisan” – Didakwa ‘Ganggu’ Hubungan Ketika Siti Sarah Hidup, Anak-Anak Shuib Tampil Pertahankan Watie

14 Oct 2026 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 20

Pempengaruh, Watie Hanifiah meluahkan rasa sebak bercampur bangga dengan ketenangan dan kematangan anak-anak tirinya, Thalita dan Matin, apabila diajukan kepada mereka kontroversi lama yang kembali memanaskan media sosial.

Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, dia bukan sahaja tersentuh membaca maklum balas yang diberikan oleh anak-anak itu, malah bersyukur kerana mereka berdiri teguh mempertahankannya di saat dia berdepan pandangan serong segelintir masyarakat.

Artikel berkaitan: “Bila tengok, mengucap panjang” – Watie Dedah Individu Suruh Shuib Tukar Isteri Baru, Cari Yang Solehah

View on Threads

 

Sebelum ini, Watie terpalit dengan dakwaan tidak berasas daripada segelintir netizen yang mendakwa hubungannya dengan Shuib terjalin ketika Allahyarham isteri pertama pelawak itu, Siti Sarah Raisuddin, masih bernyawa.

Menerusi perkongsian di media sosial, Watie mendedahkan Thalita menyifatkan isu yang timbul bukan sekadar satu ujian buat bapanya dan Watie, sebaliknya ia membawa pengajaran besar buat masyarakat agar lebih berhati-hati ketika berbicara atau melemparkan tulisan di platform digital.

“Katanya ini bukan ujian Mummy dan Daddy saya seorang, tetapi ini pengajaran untuk kita juga supaya kita semua kena jaga mulut, jaga penulisan, jangan pernah bercakap pasal orang yang mungkin akan menjadi fitnah,” kongsi Watie.

Sementara itu, adiknya, Matin, pula menasihati orang ramai agar tidak mudah melompat pada kesimpulan atau mempercayai bulat-bulat apa sahaja yang dibaca di media sosial, terutamanya apabila ia melibatkan maruah dan hal peribadi keluarga mereka.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved