Jangan Tolak Tawaran MRSM Hanya Kerana Faktor Kemiskinan, Kita Ada Jalan Untuk Bantu – Dr Asyraf Wajdi

LocalFamily & Parenting
27 Dec 2025 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selaku Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) memohon ibu bapa pelajar yang menerima tawaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) supaya tidak menolak tawaran tersebut walaupun berdepan kekangan kewangan.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Dr. Asyraf Wajdi berkata pihak pengurusan MARA dan MRSM bersedia menyediakan bantuan yang diperlukan bagi membantu keluarga terlibat menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.

Beliau turut memaklumkan telah mengarahkan pihak MARA dan MRSM untuk memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga yang berada dalam kesusahan.

image is not available

Selain itu, bantuan Khas BUDI MARA juga ada disediakan untuk pelajar yang mendapat tawaran belajar di MRSM.

Ini kerana difahamkan, Dr Asyraf sebelum itu telah dihubungi oleh seorang kenalannya yang memaklumkan beliau tentang sebuah keluarga di Pasir Mas, Kelantan yang mengalami kekangan kewangan.

image is not available

Keluarga tersebut menimbangkan untuk menolak tawaran ke MRSM yang diterima oleh anak mereka kerana kekangan wang.

Namun, Dr Asyraf Wajdi telah menghubungi sahabatnya, Datuk Hariri Mohamed Noor iaitu Ketua UMNO Pasir Mas untuk membantu pelajar tersebut dari segi perbelanjaan awal.

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki 

Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Sumber: Kosmo

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.