
PETALING JAYA – Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, khususnya di laluan Bukit Jelutong, berdepan kesesakan lalu lintas susulan kejadian pokok tumbang petang ini.
Menerusi hantaran di media sosial, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 4.20 petang.
Difahamkan, pokok berkenaan yang menghalang kesemua leluan menyebabkan aliran trafik terhenti dan kesesakan teruk.
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelakkan laluan berkenaan dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan. – KOSMO! ONLINE
The post Trafik sesak, pokok tumbang di Lebuh Raya Elite appeared first on Kosmo Online.




![[VIDEO] Sesak 12km Sungai Buaya-Bukit Tagar gara-gara ayam](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-17-at-15.39.12-1024x692.jpeg)

![[KEMASKINI] 10 kawasan di JB ‘blackout’, pencawang TNB terbakar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-16-at-20.12.46-e1792152855683-1024x679.jpeg)