“Jangan Ulang Kesilapan Sama” – Kenapa Umie Aida Tegur Erma Fatima?

EntertainmentLifestyle
29 Aug 2025 • 4:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Datin Seri Umie Aida menasihati kakaknya, pengarah terkenal Erma Fatima, agar lebih berhati-hati ketika berkongsi urusan peribadi mahupun perniagaan kerana bimbang boleh mengundang iri hati serta hasad dengki.

Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, menyebut nama kakaknya secara bersahaja dalam satu video di Instagram, sambil menitipkan pesanan supaya tidak terlalu terbuka kepada umum.

image is not available

Katanya,

Kalau nak buat sesuatu, terutamanya bisnes, jangan mudah kongsi dengan sesiapa, apatah lagi kawan-kawan seindustri. Dari situ boleh timbul rasa iri hati dan cemburu yang akhirnya membawa kepada perkara tak dijangka. Erma, awak kena belajar.

Dalam video sama, pelakon filem ‘Dukun’ itu turut menegur tindakan sesetengah pihak yang gemar terlalu terbuka berkongsi soal kebahagiaan peribadi sehingga menimbulkan ketidakselesaan orang lain.

Umie mengakui sedih dengan apa yang dipercayai berlaku pada kakaknya, namun berpesan supaya mengambil iktibar. Jelasnya,

Rezeki Allah yang tentukan. Positiflah dan jangan ulang kesilapan sama, baik soal kebahagiaan, kekayaan atau kejayaan.

image is not available 2025-08-12 15:05:42

"Lebih Sudu Dari Kuah" - Erma Fatima Nasihat Jangan Campuri Isu Keluarga Anna Jobling