“Janganlah, Kita Berdosa..” – Teruja Bakal Muncul Dengan Lagu Raya Baru, Ibu Aliff Syukri Tampil Bersuara

Music
29 Jan 2024 • 2:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, lagu-lagu raya yang selalu dilancarkan oleh usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sebelum ini sering menjadi target kecaman warganet.

Aliff bakal muncul dengan lagu raya baru

Terbaru, melalui laman Instagram isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida, dia kongsi video yang memaparkan usahawan terbabit berada di studio untuk merakam lagu raya baru sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Namun begitu, Shahida masih belum bersedia untuk kongsi nyanyian Aliff dalam klip video yang dimuat naik kerana bimbang peminat kemurungan.

Dapat dilihat dalam rakaman video itu, Aliff kelihatan gembira dapat menyanyikan lagu raya baru yang bakal dilancar barangkali pada bulan Ramadan nanti.

Ibu Aliff tinggalkan ‘pesanan’

Komen ibu Aliff iaitu Bonza Rozita di ruangan komen hantaran terbabit telah menarik perhatian susulan dia menegur anak lelakinya tidak menimbulkan fitnah seperti sebelum ini.

Bahkan, mengingatkan tentang umurnya yang sudah masuk 40-an tidak sesuai untuk melakukan hal-hal seperti itu.

image is not available

Netizen bersetuju dengan komen Bonda Rozita kerana ramai yang menganggap sebagai ibu, dia hanya mahukan yang terbaik buat Aliff dan tiada masalah yang tercetus lagi seperti tahun-tahun lalu.

image is not available 10 months ago

"Dah Macam Ulat Beluncas!" - Aliff Syukri Dah Siap Lagu Raya 2023, Kali Ini Tema Baju Melayu 'Swimming Suit'