“Janganlahhh” – Aliff Syukri Rakam Lagu Raya, Bonda Rozita Luah Rasa Risau Sebab…

Entertainment
29 Jan 2024 • 5:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun setiap tahun menimbulkan kontroversi ketika melancarkan lagu raya sendiri, namun itu tidak membuatkan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri berhenti di situ.

Terbaharu, usahawan terbabit dilihat sedang merakamkan lagu raya sempena Aidilfitiri tahun ini yang bakal disambut tidak lama lagi. (Tanda-tanda nak dekat puasa!)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik isterinya, Datin Seri Nur Shahida berkata dia belum bersedia untuk berkongsi nyanyian Aliff dalam klip video itu kerana bimbang peminat kemurungan.

Dapat dilihat, audio yang digunakan dalam video yang dimuat naik tidak sama dengan gerak bibir Aliff Syukri.

“Dah sedia ke korang nak dengar lagu raya artis nombor satu dari belakang ni?

“Maaflah ya tak boleh dengar audio betul takut korang anxiety dan kemurungan,” katanya.

Bonda Rozita beri respon

Sementara itu, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita pula meluahkan kerisauan dan berharap anaknya tidak melancarkan lagu baharu seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Malah, Bonda Rozita turut menasihati anaknya untuk mengelakkan membuat sesuatu yang mengundang kecaman kerana akan menimbulkan fitnah.

Bukan itu saja, beliau juga mengingatkan tentang umur usahawan itu yang sudah masuk 40-an, tidak sesuai melakukan hal-hal seperti itu.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, netizen juga tiada masalah dengan pelancaran lagu raya itu dan pada masa yang sama menasihati Aliff untuk tidak mempamerkan klip video yang mengundang kecaman.

image is not available image is not available image is not available

Ada yang tak sabar dengar lagu raya Aliff Syukri ke?

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.