"Janganlah Tutup Periuk Nasi Saya" - Ning Baizura

18 May 2024 • 12:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Ning Baizura memohon orang ramai agar tidak terus mengecam dan menuduhnya tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin.

Jelas Ning, dia bukan sengaja mendiamkan diri daripada bersuara tentang isu 'All Eyes on Rafah' ketika siaran langsung baru-baru ini, namun dia perlu mengambil masa untuk menghadam situasi yang tular itu dengan rasional.

"Saya mengambil masa untuk menghadam selepas apa yang berlaku. Tetapi tidak perlulah melatah atau menghukum seseorang. 

"Terpulanglah pada anda semua untuk fikir apa sahaja tentang diri saya tetapi janganlah tutup periuk nasi saya.

“Apa yang saya buat ini adalah tulus Ikhlas datang dari hati. Kalau nak terima, terimalah. Yang penting, Allah SWT sahaja yang tahu," ujarnya.







Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved