Jangkitan harian bawah 2,000 kes, lima kematian akibat Covid-19

5 Oct 2022 • 7:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 5 OKT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal bawah paras 2,000 dengan 1,483 kes dicatatkan semalam.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, negara merekodkan 1,626 kes pada 1 Oktober, 1,360 kes (2 Oktober) dan 1,244 kes (3 Oktober).

Pertambahan kes baharu menjadikan jumlah terkumpul sejak pandemik melanda negara sebanyak 4,846,592 kes dengan 22,957 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 21,958 kes menjalani kuarantin di rumah, 957 kes dirawat di hospital, 42 kes di unit rawatan rapi (ICU) namun tiada pesakit dimasukkan ke pusat kuarantin sementara.

Selain itu, kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara pula sebanyak 63.4 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 11.5 peratus.

Data menunjukkan 5 kematian dilaporkan semalam termasuk satu di luar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa terkorban akibat pandemik sebanyak 36,385 kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved