Janji Tidak Akan Hubungi Hafidz Roshdi Lagi, Athira Yuhada Tampil Mohon Maaf

Entertainment
19 Feb 2023 • 1:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Malaysia iaitu Hafidz Roshdi dilanda kontroversi apabila dia digosipkan telah mencurangi isterinya dengan seorang wanita lain.

Namun, menurut Astro AWANI, wanita tersebut yang didakwa merupakan skandal pelakon lelaki berkenaan telah tampil memohon maaf di media sosialnya.

image is not available

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada itu membuat permohonan maaf melalui Instagram Story. Dalam permohonan maafnya itu, dia berjanji tidak akan menghubungi Hafidz Roshdi lagi.

Selain itu, dia juga turut seikhlas hati memohon maaf daripada isteri dan anak-anak Hafidz Roshdi.

Wanita berkenaan turut mengakui apa yang dilakukannya itu sangat mementingkan diri sendiri.

Dia juga mengatakan dia cuba untuk mengelak walaupun sepanjang tempoh sembilan tahun Hafidz cuba menghubunginya.

image is not available

Namun, menurutnya lagi, perkara ini akhirnya berlaku selepas dirinya mengetahui keadaan kesihatan mental pelakon tersebut.

Perkara tersebut membuatkan dirinya ingin menyokong pelakon berkenaan kerana bersimpati.

Dia juga menegaskan bahawa perkara tersebut juga telah lama berakhir dan dia juga tidak lagi berhubungan dengan pelakon yang pernah membintangi drama Tundukkan Playboy Itu.

Sumber: Astro AWANI

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.