Janna Nick Bakal Jalani Pembedahan Sinus Gara-Gara ‘Shooting’ Dengan Kucing – “Kalau Hidung Janna Bentuk Lain Bukan Saja-Saja Tau”

LocalEntertainment
26 Dec 2024 • 3:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan sinus selepas mengalami masalah resdung yang agak kronik.

Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di akaun TikToknya.

image is not available

Dia memberitahu dia perlu menjalani pembedahan tersebut selepas menjalani sesi penggambaran bersama seekor kucing.

Ini adalah pertama kali dalam hidup saya perlu surgery.

 

Saya kena buat pembedahan sinus sebab seekor kucing. Sebelum ni saya ada jalani penggambaran dengan kucing tu, dia buat hidung saya jadi teruk sangat sampai masuk hospital.

Suami Janna iaitu Dini Schatzamann sempat bergurau dengan memberi pesanan kepada netizen untuk tidak membuat sebarang spekulasi sekiranya bentuk hidung isterinya berubah.

Lepasni kalau nampak hidung Janna bentuk lain sikit, bukan sebab dia buat hidung tau tapi sebab sinus.

image is not available 2 months ago

"Sangat Kurang Ajar" - Janna Nick Terkesan Netizen Asyik Persoal Bila Nak Ada Anak, Salahkan Dini Punca Susah Hamil