Janna Nick Reda Jika Rumah Tangga Diuji, Anggap Hati Manusia Boleh Berubah

EntertainmentLifestyle
7 Jul 2025 • 11:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Janna Nick

Pelakon popular, Janna Nick mengakui bahawa hati manusia boleh berubah pada bila-bila masa, termasuklah hati suaminya sendiri, Dini Schatzmann.

Menerusi Tiktok, Janna dengan tenang berkata beliau hanya mampu berdoa sekiranya rumah tangganya suatu hari nanti diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Poligami? Kalau ada yang nak cuba? Saya doa sajalah. Kita tak tahu manusia kan, hati manusia Allah pegang. Memang lumrah dia berbolak balik.

“Hari ini sayang, esok mungkin tidak” – Janna Nick

Janna turut menekankan bahawa tiada siapa boleh menjamin cinta yang kekal kerana kasih sayang boleh berubah sekelip mata.

Kalau hari ini dia sayang kita seratus peratus, mungkin esok dia tak sayang.

Bukan lelaki je yang curang

image is not available

Lebih terbuka, Janna juga berkata isu kecurangan bukan hanya tertakluk pada lelaki semata-mata, bahkan wanita juga boleh berlaku curang.

Semua orang sibuk cakap ‘Oh suami yang akan curang’. Mana tahu satu hari saya yang curang.

Katanya lagi, ujian dalam perkahwinan itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina.

Netizen sokong dan puji kematangan Janna

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pendekatan rasional dan matang yang ditampilkan oleh Janna Nick. 

Bukan tu jer, ada juga yang memuji kejujurannya dalam membicarakan soal rumah tangga secara terbuka tanpa berselindung.

Pssttt! Dalam perkahwinan, tiada siapa yang sempurna. Kunci utamanya ialah doa, kepercayaan, dan komunikasi yang ikhlas untuk kekal utuh hadapi ujian.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.