Jantung Ammar Terhenti 14 Minit Pagi Tadi, Bapa Mohon Orang Ramai Solat Hajat

LocalFamily & Parenting
30 Sep 2025 • 4:24 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kanak-kanak, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, yang parah dipukul dengan tukul oleh bapa saudara berdepan detik mencemaskan apabila jantungnya terhenti selama 14 minit, pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian, perkembangan duka itu dimaklumkan oleh ibu mangsa, Nur Ayuni Mohd Kamaruzaman, 29, yang memberitahu pegawai perubatan kini sedang berusaha menyelamatkan anaknya.

Jantung Ammar terhenti 14 minit

image is not available

“Saya tak boleh nak bercakap sekarang, fikiran saya tidak tahu ke mana dah,” katanya yang turut memberitahu jantung Ammar terhenti seketika pada jam 9.30 pagi tadi.

Sehubungan itu, Bapa mangsa, Muhammad Badrul memohon kepada orang ramai untuk membuat solat hajat serta mendoakan anaknya kembali sembuh serta sedar seperti sedia kala.

Jantung Ammar terhenti 14 minit

image is not available

Foto: Berita Harian

Untuk makluman, Muhammad Ammar kini masih kritikal selepas enam hari dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan.

Pada Khamis lalu, kanak-kanak itu alami otak bengkak, beberapa keretakan di bahagian tempurung kepala dimana menerima 50 jahitan selepas dipukul oleh bapa saudaranya yang berusia 46 tahun di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat.

Apa yang lebih mengejutkan, suspek ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi selepas bertindak memukul mangsa.

Sumber: Berita Harian (Nor Amalina Alias)