
PETALING JAYA – Vokalis kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers (BPR), Joey, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur,(HKL) pukul 8.11 pagi ini.
Berita duka itu dikongsikan isterinya, Zarinah Zainal menerusi satu hantaran di Facebook.
“Assalamualaikum, saya isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu bawaha Johari telah kembali kerahmatullah pada 29 Ogos 2026, 8.11 pagi di hospital HKL sebentar tadi,” tulisnya.
Menerusi perkongsian sama, wanita terbabit turut memohon orang ramai mendoakan allahyarham.
“Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah,” katanya.
Difahamkan, suaminya rebah ketika mengadakan persembahan di Laman Santai, Istana Budaya, semalam sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulan.
Zarinah dalam satu kenyataan berkata doktor mengesahkan berlaku pendarahan serta komplikasi jantung tersumbat.
Joey mula aktif di arena muzik bermula era awal 1980-an sehingga sekarang.- KOSMO! ONLINE
The post Jantung tersumbat, Joey BPR meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital.




