Persembahan Terakhir Joey BPR Di Istana Budaya, Esoknya Disahkan Meninggal Dunia

EntertainmentMusic
29 Aug 2026 • 4:57 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Persembahan Terakhir Joey BPR Di Istana Budaya, Esoknya Disahkan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan vokalis kumpulan rock Bumiputra Rockers (BPR), Joey BPR, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Video yang memaparkan persembahan terakhir Allahyarham di Laman Santai, Istana Budaya, turut dikongsikan oleh pengguna Threads @sazrisani, dan kini mengundang perhatian selepas berita pemergian Joey tersebar.

Allahyarham, atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi, meninggal dunia pada 8.11 pagi, 29 Ogos 2026, selepas dikejarkan ke HKL susulan rebah selepas membuat persembahan di Laman Santai, Istana Budaya, malam Jumaat.

Sempat nyanyi dua lagu sebelum rebah

Menurut isterinya, Zarinah Zainal, Joey sempat menyampaikan dua buah lagu sebelum keadaan berubah dan beliau kemudiannya dikejarkan ke HKL menggunakan ambulans.

Pemeriksaan doktor mendapati Allahyarham mengalami pendarahan di kepala selain komplikasi berkaitan saluran jantung tersumbat.

Detik persembahan tersebut kini menjadi perhatian selepas video yang dirakam penonton menunjukkan Joey berada di atas pentas dalam persembahan terakhirnya di program Pesona Malaysia: Laman Santai.

Menurut rakan artis Acong, Joey kelihatan tidak stabil ketika menyanyikan lagu kedua, sebelum persembahan dihentikan dan beliau mendapatkan bantuan.

Tinggalkan kenangan lebih empat dekad

Joey mula mencipta nama bersama BPR sekitar 1985 dan menjadi antara figura penting dalam perjalanan muzik rock tanah air.

Bersama kumpulan itu, Allahyarham dikenali menerusi lagu seperti Aku Hanya Serangga, Dari Sinar Mata dan Seribu Tahun Takkan Mungkin. BPR turut melalui zaman kegemilangan menerusi beberapa album popular termasuk Selamat Pagi Malaysia, Bisa, Kelab Jiwa Luka dan Era 90-an.

Lebih menyentuh hati, sehari sebelum pemergiannya, Joey sempat berkongsi rasa terharu dengan layanan yang diterimanya di Istana Budaya dan menyifatkan semuanya sebagai “First Class”.

Pemergian Joey menjadi kehilangan besar buat industri muzik tanah air, khususnya peminat muzik rock yang membesar dengan karya-karya BPR sejak era 1980-an.

Al-Fatihah buat Allahyarham Joey BPR. – The Malaysian Update

The post Persembahan Terakhir Joey BPR Di Istana Budaya, Esoknya Disahkan Meninggal Dunia appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved