Jarang kerajaan di dunia batalkan pendaftaran pihak lawan – Sanusi

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 6:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jarang kerajaan di dunia batalkan pendaftaran pihak lawan – Sanusi

ALOR SETAR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menganggap tindakan membatalkan pendaftaran gabungan berkenaan sebagai sesuatu yang jarang dilakukan kerajaan di dunia.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas turut menyifatkan kerajaan mengamalkan pendekatan ‘ala mafia’ dan ‘desperado’ susulan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran PN.

“Jarang kerajaan di dunia ini membatalkan pendaftaran pihak lawan kecuali kerajaan diktator dan komunis. Malaysia ini ala mafia, desperado,” katanya ringkas kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai logo yang akan digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Muhammad Sanusi memberi jawapan ringkas bahawa mereka akan menggunakan logo Pas.

Terdahulu, Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran PN di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

JPPM memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu setelah pihaknya mengeluarkan notis pada 22 September lepas.

Pendaftar Pertubuhan mendapati bahawa alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas-asas pembatalan pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam notis tersebut.

Menurutnya, JPPM telah mengeluarkan notis bertarikh 22 September 2026 kepada PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832]. – UTUSAN

The post Jarang kerajaan di dunia batalkan pendaftaran pihak lawan – Sanusi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved