Jarang Pulang Ke Korea, Lisa BP Dipercayai Sudah Menetap Di Paris Kini?

5 Dec 2023 • 12:22 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jarang pulang ke Korea Selatan, adakah Lisa BLACKPINK telah menetap di Paris kini?

Terbaru pada 4 Disember, Lisa telah memuat naik beberapa foto baru di Instagram, berkongsi kepada peminat momen percutiannya bersama anjing peliharaannya di Paris.

Dengan ini, peminat telah membuat spekulasi bahawa penyanyi lagu “MONEY” itu telah berpindah dan menetap di Paris, Perancis, memandangkan akaun Instagram haiwan peliharaan Lisa juga telah berpusat di negara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Sebelum ini, hanya Ji-soo, Jennie dan Rosé dilihat telah pulang ke Korea Selatan dari London namun, ketiadaan Lisa nampaknya mengukuhkan lagi dakwaan bahawa dia telah berpindah ke Paris.

Antara komen yang ditulis menerusi laman TikTok,

Sebelum bertemu Frederic, dia memang sudah banyak kali menyebut untuk tinggal di Perancis.

 

Ya Lisa, sila dapatkan rumah di Paris dan tinggalkan Korea Selatan dan YG Entertainment untuk selamanya.

 

Saya pasti dia akan gembira di sana.

 

Dalam dokumentari BLACKPINK, Lisa pernah cakap dia ingin pindah ke Paris.

Apa yang paling penting, Lisa bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.