“Jari Tak Cukup”- Ditanya Mengapa Tak Siap Kerja Sekolah, Jawapan Pelajar Buat Ramai Terhibur [Video]

14 Jun 2024 • 5:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sudah menjadi kelaziman buat setiap yang bergelar pelajar untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Namun tidak dinafikan setiap antaranya pasti mempunyai pelbagai gelagat yang adakalanya membuatkan guru serta ibu bapa pening apabila memikirkannya.

Alasan pelajar bila ditanya kenapa tak siap kerja sekolah buat guru pening

Terbaharu, seorang pelajar lelaki yang dipercayai merupakan pelajar sekolah rendah di Sarawak turut membuatkan gurunya pening dengan gelagatnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @syerrybb292 di TikTok, awalnya kelihatan seorang pelajar lelaki telah dipanggil oleh gurunya ke hadapan.

Pelajar yang dikenali sebagai Luke kemudian telah ditanya oleh guru, mengapakah dia tidak menyiapkan kerja sekolah.

‘Jari tak cukup’

Namun alasan yang diberikan sangat melucukan apabila dia menjawab kerana ‘jarinya tidak cukup’ yang mungkin membawa maksud kepada ungkapan ‘Tak menang tangan’ atau dalam bahasa pasar, ‘tak cukup tangan’.

“Jari tak cukup, ‘kenapa tak cukup?’ sebab jari tak banyak,” kata pelajar itu kepada cikgu perempuannya.

Malah dia juga memberi alasan untuk membuat kerja sekolah berkenaan di rumah.

“Sebab di rumah banyak jari? Di sekolah tak banyak jari?” soal guru itu lagi sebelum pelajar lelaki tersebut menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

Ramai turut terhibur melihat gelagat pelajar

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur sebaik mendengar jawapan diberikan oleh kanak-kanak berkenaan.

Malah ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan perkara sama dengan anak mahupun anak murid.

Menerusi penelitian kami, video ini telah dimuat naik pada 23 Mei lalu, namun ia mula dikongsikan semula sehingga menjadi tular.

“Student saya dulu tak nak baca, katanya otak dah penuh”

image is not available

“Anak saya tak jawab soalan peperiksaan, bila tanya kenapa tak jawab? Dia cakap sebab cikgu dah tahu jawapan dia. Jadi dia tak perlu jawab”

image is not available