Fattah Amin dan Amira Othman timang cahaya mata lelaki

EntertainmentFamily & Parenting
24 Jun 2026 • 11:25 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Fattah Amin dan Amira Othman sambut kelahiran anak lelaki sulung bernama Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah

Aktor popular Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila berkongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata baharunya bersama isteri, penyanyi Amira Othman, dalam satu hantaran penuh emosi dan syukur yang tular di media sosial hari ini.

Dalam hantaran ringkas namun bermakna itu, Fattah memaklumkan bahawa bayi lelaki mereka telah selamat dilahirkan pada jam 6.20 petang semalam dan dinamakan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.

Beliau turut meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.

“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam.

“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy,” tulisnya.

Image from: Fattah Amin dan Amira Othman timang cahaya mata lelaki
Baca juga:

Terdahulu, Amira Othman mengesahkan dirinya sedang hamil 30 minggu sekali gus berkongsi perkembangan peribadi serta perjalanan awal kehamilannya yang sebelum ini tidak didedahkan kepada umum.

Untuk rekod, pasangan ini sebelum ini mencuri perhatian peminat apabila memilih tarikh 14 September untuk mendirikan rumah tangga dalam satu majlis penuh makna.

The post Fattah Amin dan Amira Othman timang cahaya mata lelaki appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved