Pelakon Fattah Amin berkongsi berita gembira apabila isterinya, penyanyi dan pelakon Amira Othman selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Perkhabaran tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram milik pasangan itu yang turut memaparkan beberapa momen istimewa selepas kelahiran bayi mereka.
View this post on Instagram
Menerusi ruangan kapsyen, Fattah meluahkan rasa syukur apabila isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar pada jam 6.20 petang, Selasa.
“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya, Nadia Amira binti Othman, selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam.”
“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy.”
Dalam masa sama, Fattah turut menzahirkan penghargaan kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan isterinya serta bayi mereka sepanjang proses kelahiran.
Hantaran tersebut turut memperlihatkan beberapa foto dan momen istimewa termasuk detik Fattah mendukung cahaya mata sulung mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti membanjiri hantaran itu dengan ucapan tahniah selain menitipkan doa agar Muhammad Jarir Umar membesar sebagai anak yang soleh, sihat dan membahagiakan kedua ibu bapanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kehadiran Anda Sangat Bermakna.." - Bella Astillah Ajak Orang Ramai Solat Hajat Buat Syed Saddiq
The post Fattah Amin & Amira Othman Selamat Timang Cahaya Mata, Pilih Nama Muhammad Jarir Umar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






