Hantaran terbaharu penyanyi Amira Othman di media sosial mencuri perhatian ramai apabila buat pertama kali berkongsi foto bersama suami, Fattah Amin dan cahaya mata mereka, Muhammad Jarir Umar.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, memuat naik foto keluarga kecil mereka ketika membawa anak sulung itu menaiki penerbangan pertamanya.

“Penerbangan Jarir yang pertama.
“Jarir teman daddy dan mommy pergi Singapura.”
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian peminat di platform Threads yang meluahkan rasa teruja selepas dapat melihat foto Amira dan Fattah bersama anak mereka.
“MasyaAllah, akhirnya dapat tengok gambar bertiga. Semoga Allah permudahkan urusan keluarga kecil ini dan kita semua.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa gembira melihat kecomelan Muhammad Jarir Umar selain menitipkan doa agar keluarga kecil pasangan selebriti itu sentiasa bahagia serta dilindungi Allah SWT.
Terdahulu, Fattah dan Amira selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Jarir Umar pada 23 Jun lalu.
Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Berapa Kali Dah Mampuih Tengah Jalan, Ketegaq" - Momen Zaquan Adha Dimarahi Ayu Raudhah Cuit Hati Netizen
The post Jarir Teman Daddy Mommy Ke Singapura, Foto Keluarga Kecil Fattah Amin & Amira Othman Curi Perhatian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





