JAS nafi terlibat kes penipuan babit kerugian RM48,300

LocalPolitics
10 Mar 2026 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menafikan sebarang kaitan dengan kes penipuan melibatkan peniaga kerugian RM48,300 selepas didakwa diperdayakan individu menyamar sebagai pegawai jabatan itu untuk membuat tempahan barangan.

Dalam kenyataan hari ini, JAS menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan individu atau pihak yang terlibat dalam penipuan itu.

"JAS memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama jabatan bagi memperdayakan orang awam.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan membuat semakan dengan jabatan jika menerima komunikasi atau tawaran menggunakan nama JAS, khususnya yang melibatkan urusan kewangan atau transaksi pembayaran,” menurut kenyataan itu.

JAS menjelaskan semua urusan rasmi dengan jabatan itu hanya dilaksanakan melalui saluran komunikasi dan prosedur rasmi yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa penipuan menggunakan nama JAS disaran segera membuat laporan polis. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved