
PETALING JAYA: Jasa dan sumbangan seseorang kepada negara tidak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan perbuatan rasuah serta penyelewengan harta rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap berkompromi dengan perbuatan rasuah atas alasan jasa lampau bertentangan dengan ajaran Islam dan perlu ditolak.
Menurutnya, masyarakat yang membenci serta menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang bagi memastikan mesej bahawa pelaku rasuah wajar dikenakan hukuman penjara disampaikan dengan jelas.
“Jasa ratusan tahun sekalipun tidak boleh menjadi alasan untuk kita membiarkan sesiapa menyakau dan merompak harta rakyat dan negara.
“Sikap berkompromi dengan rasuah atas nama jasa ini jauh daripada ajaran Islam.
“Tolerance for evil inilah yang merosakkan kita. Kita yang benci dan menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang, sampaikan mesej jelas bahawa pelaku rasuah tempatnya di penjara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN
The post Jasa lampau bukan alasan kompromi dengan rasuah – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.




