Jasa Ratusan Tahun Bukan Alasan Membiarkan Sesiapa Merompak Harta Rakyat, Negara - Anwar

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 2:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jasa Ratusan Tahun Bukan Alasan Membiarkan Sesiapa Merompak Harta Rakyat, Negara - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa jasa seseorang kepada negara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membiarkan perbuatan rasuah atau penyelewengan harta rakyat.

Menurut beliau, sikap bertolak ansur terhadap individu yang melakukan kesalahan hanya kerana jasa lampau mereka bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau turut menyifatkan sikap 'tolerance for evil' atau bertolak ansur dengan kejahatan sebagai antara perkara yang boleh merosakkan masyarakat.

Jasa Ratusan Tahun Bukan Alasan Merompak Harta Rakyat Dan Negara

Image from: Jasa Ratusan Tahun Bukan Alasan Membiarkan Sesiapa Merompak Harta Rakyat, Negara - Anwar

"Jasa ratusan tahun sekalipun tidak boleh menjadi alasan untuk kita membiarkan sesiapa menyakau dan merompak harta rakyat dan negara.

"Sikap berkompromi dengan rasuah atas nama jasa ini jauh daripada ajaran Islam. 'Tolerance for evil' inilah yang merosakkan kita," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ujar beliau, masyarakat yang membenci dan menentang rasuah perlu lebih lantang menyuarakan pendirian serta menyampaikan mesej yang jelas bahawa pelaku rasuah sewajarnya dikenakan hukuman penjara.

"Kita yang benci dan menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang, sampaikan mesej jelas bahawa pelaku rasuah tempatnya di penjara," tegas beliau.

Dalam hantaran sama, Anwar turut berkongsi petikan ucapannya ketika Forum Ilmuwan MADANI Siri 14 yang menyentuh budaya permissiveness atau sikap terlalu bertolak ansur terhadap perbuatan salah.

Beliau mengingatkan bahawa perbuatan seperti merosakkan harta benda dan mencuri tidak sepatutnya dianggap perkara kecil sehingga masyarakat mula menerimanya sebagai sesuatu yang biasa.

"Saya selalu peringatkan apa yang pernah disebut pemimpin Indonesia, Muhammad Natsir sebagai budaya permissiveness.

"Semua okey. Rosak sikit, okey. Curi sikit, okey.

"Sikit berapa? Bilion, okey. Jadi, this tolerance for evil yang merosakkan kita," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved