Jaslinda berisiko alami RFS

Health & Fitness
11 Jun 2026 • 1:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jaslinda berisiko alami RFS
Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas 14 hari hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah, berisiko mengalami Refeeding Syndrome (RFS). Gambar kecil: Wan Nurul Hazirah
Image from: Jaslinda berisiko alami RFS
Keadaan Jaslinda Saludin, 49, ketika menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan Helmi di Wad Perempuan Hospital Tapah baru-baru ini. Foto Bernama.
Image from: Jaslinda berisiko alami RFS
Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, dibenarkan keluar dari Hospital Tapah selepas menerima rawatan selama tiga hari.Foto Bernama
Image from: Jaslinda berisiko alami RFS
Pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, menjawab pertanyaan wartawan ketika dibenarkan keluar selepas menjalani rawatan di Hospital Tapah baru-baru ini. Foto Bernama.
Image from: Jaslinda berisiko alami RFS
Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei ditemukan dalam keadaan selamat pada 6 Jun lalu.

MELAKA - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemukan selamat selepas 14 hari hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah, berisiko mengalami Refeeding Syndrome (RFS), iaitu komplikasi perubatan yang boleh berlaku selepas tempoh kebuluran berpanjangan.

Pegawai Dietetik, Wan Nurul Hazirah Wan Alkamar Shah berkata, berdasarkan bukti perubatan terkini, kebimbangan utama selepas seseorang mengalami kebuluran bukan sekadar kekurangan zat makanan, sebaliknya risiko mengalami RFS apabila pemakanan diperkenalkan semula terlalu cepat.

Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila pengambilan tenaga, khususnya karbohidrat, dimulakan semula selepas tempoh kelaparan yang lama sehingga menyebabkan mineral penting seperti fosfat, kalium dan magnesium berpindah secara mendadak daripada darah ke dalam sel.

**media[3547621]**

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

“Perubahan ini boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk aritmia jantung, kegagalan pernafasan, gangguan neurologi seperti kekeliruan dan sawan, malah dalam kes tertentu boleh membawa maut.

“Bagi individu yang mengalami kehilangan berat badan ketara dan pengambilan makanan yang sangat minima selama beberapa hari hingga minggu, pemulihan pemakanan perlu dilakukan secara berperingkat dengan pemantauan rapat elektrolit, terutamanya fosfat, kalium dan magnesium,” katanya

**media[3547626]**

Katanya, pemberian ‘thiamine’ sebelum dan semasa proses pemakanan semula juga disyorkan berdasarkan garis panduan Persatuan Nutrisi Parenteral dan Enteral Amerika (ASPEN).

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - Jaslinda

Saya tahu orang rumah saya kuat - Suami Jaslinda

Operasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira

'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

**media[3547634]**

Tambah beliau, selepas operasi menyelamat melibatkan mangsa yang mengalami kebuluran berpanjangan seperti Jaslinda, pemantauan dan pengurusan di hospital oleh pegawai perubatan serta pegawai dietetik dan nutrisi adalah amat penting.

“Langkah ini bagi memastikan proses pemulihan berlaku dengan selamat serta mengurangkan risiko berlakunya Refeeding Syndrome,” katanya.