Jason Reviu Sate Bhalut Mark Adam RM24 – “Memang Mahal, Tak Berbaloi..”

LocalEntertainment
10 Jan 2025 • 1:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh Jason sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas dia memberi reviu jujur makanan milik artis Mark Adam iaitu Sate Bhalut yang kini menjadi bualan ramai kerana dijual dengan harga mahal.

Jason reviu Sate Bhalut Mark Adam, berbaloi ke tak?

Dapat dilihat di laman TikTok, Jason berada di Havoc Food Fest demi mendapatkan sate tersebut dan dia menunggu selama dua jam kerana tiada info waktu buka.

image is not available

 

3 cucuk kambing dan air blue lemonade, RM24.90. Tak rasa tendons dan daging kambing. Rasa agak kering tapi tidak lah teruk.

Biarpun ‘feedback’ yang diberi seimbang dengan komen positif dan negatif, tetapi pempengaruh itu kurang bersetuju dengan harga yang diletakkan untuk tiga cucuk popia dan air.

Terlalu mahal untuk kuantiti sedikit

image is not available

Untuk harga RM24.90 memang mahal. Pada saya, tidak berbaloi untuk dapatkan Sate Bhalut dengan harga dan kuantiti yang sebegitu.

Seperti biasa, Jason akan memberi rating untuk setiap makanan yang dicuba dan untuk Sate Bhalut Mark Adam ini, dia memberi 7.3/10.

image is not available 1 week ago

3 Cucuk Sate & Air Blue Lemon Dicaj RM21.90, Perniagaan Sate Bhalut Mark Adam Dikritik Mahal?