“Kalau kau Islam janganlah menipu” – Mark Adam ‘Sound’ Netizen Tabur Fitnah Isu Satay Bhalut

Entertainment
7 Jan 2025 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dua tiga hari ini, kecoh diperkatakan mengenai keluhan orang ramai berkenaan harga Satay Bhalut yang dijual oleh Mark Adam yang dikatakan agak mahal.

Meskipun Mark sudah membuat penjelasan berhubung harga tersebut, masih ada yang dikatakan tidak berpuas hati sehingga penguatkuasa KPDN dikatakan telah hadir ke gerainya untuk membuat pemeriksaan.

image is not available

“Kalau kau Islam janganlah menipu”

Menerusi perkongsian Mark di Instagram, dia meluahkan rasa kecewanya apabila ada netizen yang meninggalkan komen mengatakan ‘rasa’ menyesal membeli sate jualannya itu.

image is not available

Mark kemudian membalas komen itu dengan meminta agar netizen berkenaan berhenti menipu kerana gerainya tidak dibuka pada hari individu itu mengaku membeli satay jualannya.

Assalamualaikum bro. Kalau kau Islam janganlah menipu hari ini, 7 haribulan kita last meniaga. 5 haribulan dekat Havoc,” katanya.

Dalam pada itu, Mark juga menyatakan bahawa dia juga tidak mengetahui niat di sebalik kata-kata itu dan bakal memberikan Satay Bhalut free jika individu itu berkunjung ke gerainya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam (@markadam1079)

Bagi admin kalau ada yang rasa tak puas hati dengan harga yang dijual, sebaiknya korang belilah di kedai lain. Tak baik tabur fitnah macam ni.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.