Ramai tak puas hati, Suka Dessert jual coklat secawan RM60 tanpa makanan

EntertainmentFood
9 Jan 2025 • 12:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Masih menjadi bualan ramai, Suka Dessert jual coklat secawan RM60 sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dari warga maya yang berkata harganya terlalu tinggi dan tidak berbaloi.

Menerusi satu hantaran di X, SenahDebab telah berkongsi semula video memaparkan pemilik Suka Dessert, Auntie Ja yang sedang membuat reviu pencuci terbaharunya yang dinamakan Tricolour Chocolate.

Suka Dessert jual coklat secawan RM60

image is not available

Pada video tersebut, Auntie Ja atau nama sebenarnya Siti Hajar Mohd Razali telah menunjukkan cara untuk memakan pencuci mulutnya yang terbaharu itu.

Menurut Auntie Ja, Tricolour Chocolate itu dijual tanpa hidangan lain walaupun dengan harga RM60 dan para pembeli perlu menyediakan makanan mereka sendiri untuk dicelup di dalam coklat tersebut.

image is not available

Sementara itu, SenahDebab telah membandingkan harga pencuci mulut Suka Dessert itu dengan restoran popular, Sukiya dan restoran Secret Recipe.

“Marshmallow celup coklat RM60?! Dengan ekonomi sekarang?? Makan Sukiya dah boleh susun 20 pinggan kambing! Buat pesanan kat Grab, dah boleh dapat empat potong kek,” kata pengguna itu di ruangan kapsyen.

Dibanding dengan Sukiya, Suka Dessert jual coklat secawan RM60

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya juga bersetuju bahawa harga pencuci mulut itu terlalu tinggi dan tidak berbaloi.

RM60 itu untuk coklat sahaja, tak termasuk makanan lain

image is not available

Suka Dessert jual coklat secawan RM60, tak berbaloi!

image is not available

Benda ni jadi sebab ramai sokong dia

image is not available

Coklat memang mahal tapi tipulah satu cup tu RM60

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang tetap menyuarakan sokongan mereka terhadap Suka Dessert dan berkata harga tersebut sesuai dengan kenaikan harga coklat premium sekarang.

Bukan peminat, tapi tak bolehlah compare dengan Sukiya

image is not available

Dia dah suggest jangan beli sebab dia tahu mahal

image is not available

Biar la orang nak sokong bisnes Melayu

image is not available

Menerusi tinjauan ke akaun TikTok Suka Dessert, Auntie Ja hidangan ini hanya boleh didapati di Festival Makanan Kak Nab sahaja dengan harga RM60 bagi setiap 450 gram coklat.

Dalam pada itu, Auntie Ja tidak menggalakkan kepada orang ramai untuk membeli hidangan tersebut kerana tahu coklat tersebut terlalu mahal.

@sukadessert.hq

BARU! TRICOLOUR CHOCOLATE. Darlings.. atas permintaan ramai, akhirnya… Auntie Ja keluarkan juga choc dip khas untuk darlings. Berat choc lingkungan 450g+- , harga Rm60.00 (harga choc sahaja, tiada side). Available di event Kak Nab sahaja. P/s: Auntie Ja tidak galakkan darlings beli yaa.. sebab harga choc sangat mahal. Dan disebabkan itu juga Auntie Ja tak keluarkan banyak).

♬ original sound - Sukadessert.hq - Sukadessert.hq

Terdahulu, Suka Dessert pernah dikecam susulan mengeluarkan aiskrim dengan harga RM18 dan menurut netizen, ia tidak berbaloi kerana mereka boleh membeli lebih banyak aiskrim lain dengan harga sama.

Sumber: X SenahDebab, TikTok sukadessert.hq