Jati Tinggi peroleh subkontrak bekalan kuasa pusat data bernilai RM33.1 juta di Negeri Sembilan

LocalBusiness & Finance
10 Nov 2026 • 6:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jati Tinggi peroleh subkontrak bekalan kuasa pusat data bernilai RM33.1 juta di Negeri Sembilan Image from: Jati Tinggi peroleh subkontrak bekalan kuasa pusat data bernilai RM33.1 juta di Negeri Sembilan hamden10/11/2026 - 18:31 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Nov - Jati Tinggi Group Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Jati Tinggi Holding Sdn Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM33.10 juta bagi kerja pembekalan kuasa elektrik sementara kepada sebuah pusat data di Gerbil, Negeri Sembilan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata Jati Tinggi Holding menerima Surat Anugerah (LOA) daripada sebuah kontraktor utama bagi melaksanakan projek pembekalan kuasa elektrik interim bertajuk Proposed 275kV Bulk Supply to a Gerbil Data Centre - Interim Supply.

 

Skop kerja kontrak itu merangkumi pembekalan, reka bentuk, pemasangan, pengujian dan pentauliahan dua litar kabel kuasa 275kV yang menghubungkan halaman peralihan (transition yard) ke pencawang pusat data.

 

Ia turut melibatkan pembinaan halaman peralihan, kerja pencawangan talian atas (overhead line T-off) serta pengubahsuaian sistem sekunder berkaitan.

 

Kontrak bernilai RM33.10 juta atau RM33,097,596.66 itu mempunyai tempoh pelaksanaan selama sembilan bulan berkuat kuasa dari tarikh notis memulakan kerja.

 

Sementara itu, tempoh tanggungan kecacatan ditetapkan selama 12 bulan bermula dari tarikh kerja disiapkan.

 

Jati Tinggi berkata, penerimaan kontrak berkenaan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa hadapan, pendapatan sesaham (EPS) serta aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

 

Bagaimanapun, kontrak itu tidak memberi sebarang kesan terhadap modal saham atau pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

 

Lembaga Pengarah turut mengesahkan bahawa tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan dalam kontrak berkenaan.

 

Lembaga Pengarah berpendapat penerimaan kontrak itu adalah demi kepentingan terbaik syarikat. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved