Jati Tinggi raih kontrak RM30.1 juta bagi infrastruktur elektrik pusat data di Johor

LocalBusiness & Finance
19 Oct 2026 • 6:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jati Tinggi raih kontrak RM30.1 juta bagi infrastruktur elektrik pusat data di Johor Image from: Jati Tinggi raih kontrak RM30.1 juta bagi infrastruktur elektrik pusat data di Johor johardy19/10/2026 - 18:30 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Okt - Jati Tinggi Group Berhad memperoleh kontrak bernilai RM30.1 juta bagi membina infrastruktur elektrik untuk sebuah pusat data di Kulai, Johor, dengan tempoh kontrak sehingga 25 Julai 2027.

 

Anak syarikat milik penuhnya, Jati Tinggi Holding Sdn Bhd menerima kontrak berkenaan menerusi surat setuju terima pada 16 Oktober 2026, menurut pengumuman syarikat itu di Bursa Malaysia hari ini.

 

Jati Tinggi Holding akan berpeeranan sebagai kontraktor utama bagi kerja reka bentuk dan pembinaan dua litar saluran kabel bawah tanah 275 kilovolt (kV) serta kerja kabel bekalan elektrik sementara 11kV untuk menyokong keperluan infrastruktur elektrik pusat data tersebut.

 

Skop kontrak merangkumi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), termasuk kerja saluran kabel bawah tanah, kebuk kabel serta sambungan bekalan elektrik sementara.

 

Ia turut meliputi urusan penyerahan dokumen kepada pihak berkuasa serta sokongan dan penyelenggaraan sepanjang tempoh pemberitahuan kecacatan.

 

Nama Pelanggan Tidak Didedahkan

Jati Tinggi tidak mendedahkan nama pelanggan berkenaan yang merupakan sebuah syarikat diperbadankan di Malaysia dan terlibat terutamanya dalam penyediaan infrastruktur pengehosan, perkhidmatan pemprosesan data serta aktiviti berkaitan.

 

Nilai kontrak sebanyak RM30,101,920 itu termasuk cukai, perlindungan insurans dan levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Kontrak tersebut berkuat kuasa mulai 16 Oktober 2026 hingga 25 Julai 2027.

 

Jati Tinggi menjangkakan kontrak itu menyumbang secara positif kepada keuntungan, pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham syarikat sepanjang tempoh kontrak.

 

Kontrak tersebut tidak memberi kesan terhadap modal saham syarikat atau pegangan pemegang saham utamanya. - DagangNews.com - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved