‘Jawablah dengan Tuhan’ – Ridzokumura dakwa duit RM70,000 milik Akiko hilang

27 Mar 2025 • 4:23 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pempengaruh dan usahawan yang dikenali sebagai Ridz Okumura meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui wang tunai milik arwah isterinya yang bernilai RM60,000 hingga RM70,000 hilang.

Dalam perkongsian siaran langsung di TikTok, Ridz menyatakan wang tersebut telah disimpan di dalam dia sampul yang diletakkan di dalam beg tangan Akiko.

“Masa tu saya tengah bersedih (kematian Akiko). Baru-baru ini saya baru nak berkemas nak cari duit tu balik untuk simpan, tapi dah tak ada.

“Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan dalam RM60,000 sehingga RM70,000. Duit itu adalah lebihan setelah balik bercuti dari Jepun Februari lalu.

https://www.tiktok.com/@chaatwin32/video/7485581481637694727?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7449188224558499329

Bagaimanapun Ridz menyatakan dia tidak menuduh mana-mana pihak mengambil wang berkenaan.

“Bukan orang luar tapi orang sekeliling juga, yang datang ketika itu pun kawan-kawan terdekat, polis, dan forensik.

“Saya reda, tapi jawablah dengan Tuhan sebab tu bukan duit saya, itu duit arwah,” katanya.

Difahamkan juga, kamera litar tertutup (CCTV) dirumahnya tidak dapat berfungsi menyebabkan dia tidak mengenal pasti siapa pelaku tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved