JAWI Dah Selesai Siasat Kes Khalwat Aliff Dan Ruhainies, Tunggu Tindakan JAPENS

25 May 2024 • 3:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aliff aziz

Diam tidak bermakna terhenti di situ. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail menyatakan kertas siasatan kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhinies sudahpun siap.

Pihak JAWI juga telah menghantar kes itu kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.

Siasatan sudah selesai dan JAWI memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, InsyaAllah sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya.

Terpulang kepada JAPENS untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap.

Apa yang dinyatakan JAWI ini membuktikan pihaknya tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat walaupun melibatkan selebriti terkenal tanah air. Apapun, kita serahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menyelesakan kes ini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.