JAWI Diarah Siasat Kegiatan Zikir Pelik Di Kawasan Perkuburan – Mohd Na’im

LocalPolitics
30 Dec 2024 • 10:13 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum mengenai sebuah video yang tular di media sosial berkaitan kegiatan zikir pelik sekumpulan individu di salah sebuah pusara di kawasan Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

image is not available

Menerusi satu kenyataan media di laman Facebook, menterinya Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut.

Pihak kementerian mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan JAWI.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Kenyataan itu turut menyeru semua pihak untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama Islam untuk tindakan lanjut.

Sekumpulan individu menjalankan kegiatan zikir pelik

image is not available

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat yang memaparkan sekumpulan individu berzikir secara pelik di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota, Setapak.

Sumber: Facebook Dato’ Setia Dr. Naim