‘Jayden budak spontan, kita layan dia macam orang dewasa’

Family & Parenting
18 Aug 2026 • 6:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Jayden budak spontan, kita layan dia macam orang dewasa’

PETALING JAYA – “Jayden budak yang macam itu, dia serap sesuatu benda secara matang.”

Demikian jawapan usahawan popular Noor Nabila yang mengakui anak tunggalnya, Jebat Jayden mendapat perhatian ramai warganet gara-gara keletah dan kepetahannya bercakap.

Nabila, 41, memaklumkan, dia memberi layanan kepada anaknya sama seperti orang dewasa selain perlu memberi penjelasan atas setiap persoalan yang diajukan.

“Dia memang budak yang spontan. Awak kena layan dia seperti orang dewasa.

“Bila bercakap dengan dia kena terangkan walaupun kadang-kadang apa saya terangkan dia tak faham.

“Contohnya macam saya pasang solar, dia tanya kenapa saya pasang — saya cakap solar ini nanti tengah hari boleh guna pendingin hawa, saya tak marah.

“Disebabkan itu dia boleh menjawab, kadang-kadang luar jangkaan sikit,” katanya kepada Kosmo! Online usai majlis pelancaran susu pisang, Nilofa, baru-baru ini.

Sering menjadi perhatian, kakak kepada selebriti Neelofa itu mengakui timbul kurang selesa dengan perkara tersebut namun memilih untuk tidak melayani komen berkenaan.

“Kadang-kadang tak selesalah (diberi perhatian) tapi dalam masa sama selama mana keluarga saya dah jadi bualan orang Malaysia, saya rasa kami dah sampai satu tahap tak kisah pendapat orang.

“Saya rasa kelakar saja, dia tak kenal tapi pendapat dia sampai begitu sekali,” ujarnya.

Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Jayden yang memberitahu ibunya tidak mahu ke masjid untuk menunaikan solat namun anaknya itu lebih selesa memilih melakukan ibadah berkenaan di rumah.

Malah, Jayden yang menggelarkan dirinya sebagai Baby turut meminta ibunya tidak membuat perbandingan dirinya dengan sepupunya iaitu Bilal yang juga anak kepada Neelofa dan PU Riz. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Jayden budak spontan, kita layan dia macam orang dewasa’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved