Walaupun masih kanak-kanak, saya melayan Jayden seperti orang dewasa – Noor Nabila

Family & ParentingLifestyle
18 Aug 2026 • 4:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Walaupun masih kanak-kanak, saya melayan Jayden seperti orang dewasa – Noor Nabila

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan popular, Noor Nabila Mohd Noor,41, mengakui anak tunggalnya, Jebat Jayden, mempunyai pemikiran yang matang sehingga adakalanya memberikan jawapan di luar jangkaan.

Menurut Nabila, Jebat Jayden gemar bertanya, memberikan alasan serta memahami sesuatu perkara menerusi penerangan yang diberikan kepadanya.

“Jebat memang seorang yang spontan. Walaupun dia masih kanak-kanak, tetapi saya melayan dia seperti orang dewasa, bercakap dengannya pun begitu. Sebab itu apabika kita bercakap dengannya, dia akan memberikan alasan dan penjelasan.

“Begitulah cara kami berkomunikasi setiap hari dan saya memang cuba menerangkan sesuatu kepadanya walaupun kadang-kadang saya tahu mungkin ada perkara yang belum difahaminya sepenuhnya,” katanya.

Nabila berkata, pendekatan itu dilakukannya kerana percaya Jebat mampu menyerap dan memahami sesuatu perkara dengan baik sekiranya diberikan penjelasan yang sesuai.

Katanya, antara perkara yang pernah menarik perhatiannya ialah ketika dia menerangkan kepada Jebat mengenai penggunaan tenaga solar di rumah.

“Sebagai contoh, ketika saya memasang panel solar di rumah, dia bertanya kepada saya mengenai tujuan pemasangan itu. Saya terangkan kepadanya bagaimana sistem solar berfungsi.

“Dia kemudian bertanya lagi kenapa perkara itu boleh berlaku dan bagaimana sistem tersebut berfungsi. Saya terangkan kepadanya dan apa yang menariknya, dia boleh mengingati perkara yang saya jelaskan itu.

“Jebat memang begitu. Dia boleh menyerap sesuatu perkara dengan cara yang agak matang. Sebab itu kadang-kadang apabila dia bercakap atau menjawab soalan, jawapannya boleh jadi sedikit di luar jangkaan.

“Saya sendiri pun ada kalanya terkejut dengan cara dia berfikir dan bagaimana dia mengaitkan sesuatu perkara yang pernah saya terangkan kepadanya,” katanya.

Dalam pada itu,Nabila turut berkongsi bahawa cara komunikasinya bersama Jebat lebih banyak berteraskan penerangan dan perbincangan, berbanding sekadar memberikan arahan.

Menurutnya, dia sentiasa cuba melayan Jebat dengan pendekatan yang membolehkan anaknya memahami sebab di sebalik sesuatu perkara.

“Saya memang akan cuba menerangkan kepada dia walaupun saya tahu ada kalanya mungkin dia belum faham sepenuhnya. Saya fikir tidak mengapa, saya terangkan sahaja kerana mungkin suatu hari nanti dia akan faham dan ingat semula apa yang pernah saya beritahu.

“Bagi saya, cara itu penting supaya dia belajar untuk memahami sesuatu perkara, bukannya hanya menerima arahan tanpa mengetahui sebabnya,” katanya.

The post Walaupun masih kanak-kanak, saya melayan Jayden seperti orang dewasa – Noor Nabila appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved