JBL PartyBox Encore 2 Dan PartyBox 520 Kini Tersedia Di Malaysia – Harga Bermula RM2099

EntertainmentDigital
28 Nov 2025 • 1:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

JBL memperkenalkan dua pembesar suara baharu di Malaysia iaitu JBL PartyBox Encore 2 dan JBL PartyBox 520. Kedua-dua model ini dilengkapi teknologi AI Sound Boost untuk meningkatkan kualiti audio, selain menyokong Bluetooth 5.4 dengan audio LE. Ia juga membolehkan sambungan pelbagai pembesar suara melalui Auracast.

image is not available

JBL PartyBox 520 hadir dengan kuasa output 400W serta dilengkapi pemegang ergonomik dan rekaan kalis air IPX4. Ia turut menawarkan paparan cahaya berirama dan bertema, di samping menyediakan pilihan sambungan audio melalui port USB-C dan penyambung XLR.

Dari segi ketahanan, pembesar suara ini mampu memainkan muzik sehingga 15 jam dengan bateri boleh diganti, manakala sokongan pengecasan pantas membolehkan 10 minit pengecasan digunakan untuk 2 jam masa main. Di Malaysia, JBL PartyBox 520 ditawarkan pada harga RM3,599.

image is not available

Sementara itu, JBL PartyBox Encore 2 hadir dengan kuasa output 100W serta dilengkapi pemegang yang dinaik taraf dan rekaan kalis air IPX4. Ia turut mempunyai penerima dwi-mikrofon terbina bersama dua lagi mikrofon nirwayar. Selain itu, pembesar suara ini menawarkan sistem paparan cahaya berirama dan bertema, di samping menyediakan hayat bateri sehingga 15 jam. Di Malaysia, JBL PartyBox Encore 2 ditawarkan pada harga RM2,099.

Kedua-dua model ini juga serasi digunakan bersama aplikasi JBL PartyBox bagi memudahkan kawalan fungsi dan tetapan secara terus melalui telefon pintar.