JBL Sense Lite Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM599

LocalTechnology
9 Sep 2025 • 4:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

JBL melancarkan fon kepala nirwayar terbaharu mereka JBL Sense Lite di pasaran Malaysia dengan harga jualan RM599. Aksesori ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

image is not available

JBL Sense Lite hadir dengan pemacu audio bersaiz 11mm yang mampu menghasilkan bunyi dalam julat frekuensi antara 20Hz hingga 20kHz. Fon telinga ini juga direka untuk berfungsi dengan baik dalam suhu sehingga 45 darjah Celsius. Selain itu, ia dilengkapi dengan penarafan kalis air IP54 sebagai pelindungan terhadap percikan air dan habuk.

image is not available

Setiap fon telinga dilengkapi dengan bateri 55mAh manakala pod pengecas pula menggunakan bateri sebesar 560mAh. Dengan kapasiti ini, pengguna boleh menikmati masa main muzik sehingga 8 jam dan masa bercakap sehingga 5 jam. Tambatan pantas turut boleh dilakukan melalui Bluetooth 5.4.