Nothing mula mengacah kehadiran fon telinga nirwayar terbaharu mereka Nothing Ear (3) yang dijangka mengekalkan identiti rekaan unik jenama itu. Fon telinga jenis in-ear ini tampil dengan kemasan lutsinar dan pilihan warna kelabu kehitaman bagi menampakkan gaya minimalis yang menjadi ciri khas Nothing.

Reka bentuknya turut memaparkan penjenamaan ‘ear (3)’ pada tubuh fon telinga bersama dua bulatan kecil yang dipercayai sekadar elemen hiasan. Nothing Ear (3) merupakan kesinambungan kepada model sebelumnya iaitu Nothing Ear (2) dan Nothing Ear (1) yang terkenal dengan pendekatan rekaan lutsinar dan teknologi audio berkualiti tinggi.
Walaupun spesifikasi penuh masih belum didedahkan, Nothing telah menetapkan tarikh pelancaran rasmi untuknya pada 18 September 2025. Maklumat lanjut dijangka boleh diumumkan dalam masa terdekat menjelang pelancaran global.

