JDT, Chelsea sama kuat

LocalFootball
9 Aug 2026 • 10:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: JDT, Chelsea sama kuat
Pemain Chelsea, Estevao Willian Almeida de Oliveira Goncalves melakukan percubaan yang dihalang beberapa pemain JDT pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara JDT dan Chelsea FC di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini. Foto Bernama

ISKANDAR PUTERI - Aksi persahabatan antara Juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Juara dunia Kelab FIFA,  Chelsea pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Ahad berkesudahan seri 3-3.

Kedua-dua pasukan yang sedang bersiap sedia menghadapi saingan liga masing-masing menampilkan persembahan bertenaga sepanjang 90 minit perlawanan.

Gol pertama perlawanan hadir minit ke-14 menerusi pemain paling bernilai yang juga

Pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi susulan hantaran tepat diterimanya daripada rakan sepasukan, Marcos Guilherme.

Asakan demi asakan ke kubu lawan kemudiannya berlaku antara kedua-dua pasukan namun gagal disudahkan dengan baik.

Chelsea yang terus dihimpit tekanan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Liam Delap pada minit ke-42.

Memasuki babak kedua, Chelsea memimpin permainan apabila sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Delap pada minit ke-62.

Namun, kegembiraan Chelsea tidak bertahan lama apabila Oscar Arribas berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma tiga minit kemudian.

Keputusan tuan rumah membawa masuk Bergson da Silva pada minit ke-78 dibuktikan apabila pemain itu menjaringkan gol ketiga pada minit ke-85 untuk JDT mendahului 3-2.

Kemaraan Chelsea menerusi empat pemainnya yang berada di kotak penalti lawan berhasil apabila hantaran silang berbahaya itu mengakibatkan pertahanan JDT, Antonio Glauder tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-88.

Keputusan 3-3 kekal hingga tamat perlawanan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved