JDT IV juara Piala Belia

LocalFootball
23 Nov 2024 • 9:21 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JDT IV juara Piala Belia

image is not available
Muhammad Hatif penjaring terbanyak Piala Belia.

JOHOR Darul Ta'zim IV (JDT IV) muncul juara Piala Belia selepas menewaskan Terengganu FC IV, 5-3 dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat.

Harimau Selatan menjulang kejuaraan dengan agregat 7-5 selepas terikat 2-2 dalam perlawanan timbal balik pertama di Stadium Pasir Gudang, 16 November lalu.

Kemenangan diraih skuad Harimau Selatan ke atas skuad Penyu itu membolehkan trofi tersebut beralih ke selatan tanah air selepas dimenangi Selangor musim lalu.

Musim lalu, JDT IV tewas 3-4 kepada Selangor selepas terikat 1-1 di Kulai diikuti tewas 2-3 di Shah Alam.

Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 2-2 menerusi gol yang dijelmakan Che Ku Irfan Danial (m-35), Iskandar Akmal (m-47) untuk Terengganu bimbingan Wan Adremy Indera Wan Adnan.

Gol JDT kendalian Pedro Celda pula dihasilkan menerusi sentuhan Daniesh Amirrudin (m-17 penalti) dan Zamir Zairi (m-26 penalti) dalam perlawanan yang berlangsung di padang becak berikutan hujan.

Separuh masa kedua Harimau Selatan menambah tiga gol lagi sekali menerusi Zamir (m-69), Adib Ibrahim (m-73), Adib Safaraz (m-84) sebelum Iman Alif mengurangkan defisit dengan gol minit ke-93.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed; Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merangkap Exco Belia & Sukan Negeri Terengganu, Hishamuddin Abd Karim; Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulai selaku Pengurus Pasukan JDT IV, Mohd Fahmi Salam dan Pengarah Sukan Terengganu FC, Zul Fadli Rosli.

INFO

Senarai Pemenang Piala Belia 2024

Juara:

Johor Darul Ta'zim IV

Naib Juara:

Terengganu FC IV

Penjaring Terbanyak:

Muhammad Hatif Irfan

(Selangor FC) - 16 gol

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved