JDT+ Kini Boleh Dilanggan Pada Harga RM69 Semusim

23 Oct 2026 • 4:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

JDT+ Kini Boleh Dilanggan Pada Harga RM69 Semusim

JDT+ yang sebelum ini hanya diperlihatkan menerusi beberapa perkongsian ringkas akhirnya dilancarkan secara rasmi. Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) kini boleh melanggan platform tersebut untuk mengikuti pelbagai kandungan eksklusif yang dihasilkan oleh kelab.

Image from: JDT+ Kini Boleh Dilanggan Pada Harga RM69 Semusim

Antara kandungan utama yang ditawarkan ialah siri dokumentari yang membawa penyokong melihat perjalanan pasukan dari sudut berbeza. Selain aksi di atas padang, penonton turut dibawa menyaksikan persiapan pasukan menjelang perlawanan, sesi latihan, suasana di bilik persalinan serta pelbagai kisah yang berlaku di sebalik tabir kelab.

Image from: JDT+ Kini Boleh Dilanggan Pada Harga RM69 Semusim

Dokumentari pertama bertajuk UNTAMED sudah mula disiarkan menerusi platform tersebut manakala siri seterusnya OUTBOUND dijadualkan menemui penonton pada November. JDT turut memaklumkan lebih banyak dokumentari dan kandungan eksklusif akan diterbitkan sepanjang musim 2026/27, sekali gus memberi peluang kepada penyokong mengikuti perkembangan pasukan dengan lebih dekat sepanjang musim.

Image from: JDT+ Kini Boleh Dilanggan Pada Harga RM69 Semusim

Langganan JDT+ ditawarkan pada harga RM69 untuk musim 2026/27. Dengan satu bayaran, pengguna akan mendapat akses kepada semua episod dokumentari serta kandungan baharu yang diterbitkan sepanjang musim tersebut.

Sumber: JDT+ | Original documentaries from inside JDT

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved