Piala FA: Rekod gah JDT bukan jaminan

23 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala FA: Rekod gah JDT bukan jaminan

REKOD luar biasa yang dicipta dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) tidak akan memberikan sebarang jaminan buat Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini mahu layak ke final Piala FA buat kali kelima berturut-turut.

Pengendali JDT, Xisco Munoz juga sedar lawan mereka di separuh akhir, DPMM FC tidak lagi sama berbanding apa yang pernah disaksikan pada kempen musim lalu dan anggap kelab Brunei itu hadir dengan kualiti lebih baik.

Mengambil kira dominasi yang dipamerkan Harimau Selatan, Munoz menuntut pemainnya sentiasa tampil lebih agresif terutamanya ketika menentang DPMM FC yang dijangka mempraktikan pendekatan serangan balas.

Dalam masa sama, Munoz juga mengakui sedang berdepan situasi sukar untuk membuat keputusan tepat bagi memastikan pemain terbaik akan dipilih bagi berdepan cabaran DPMM FC pada separuh akhir pertama di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, malam ini.

“Mereka akan turun di bahagian bawah (bertahan) dan mereka juga cukup kuat dengan situasi seperti itu. DPMM FC juga ada transisi yang agak bagus, jadi ia pasti bukan tugas mudah buat kami.

“Jadi, kami kena mencuba untuk kekal fokus dan berikan yang terbaik. Kami juga akan cuba lakukan penggiliran dan perlu buat pilihan terbaik bagi membolehkan pasukan melangkah lebih ke depan,” katanya.

Empat kali ke final menjadikan JDT pasukan terbaik dalam sejarah pertandingan Piala FA yang mula dipertandingkan pada 1990, dimana pencapaian tertinggi sebelum ini dilakukan oleh Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan, iaitu layak ke perlawanan akhir dua musim berturut-turut.

The post Piala FA: Rekod gah JDT bukan jaminan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved