Jefri Nichol akur larangan, Ameera Khan tak izin berlakon adegan ‘panas’ lagi

EntertainmentLifestyle
12 Jun 2025 • 5:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol mendedahkan dia kini memilih untuk tidak lagi melakonkan babak ‘panas’ di set penggambaran selepas menerima permintaan daripada kekasihnya, Ameera Khan atau Little Miss Khan.

@jsnn000

#podcastclips #jefrinichol

♬ suara asli - Bocil Replay - Bocil Replay

Jefri Nichol faham kekasih tak selesa

Menurut Jefri dalam kenyataanya di podcast milik selebriti Indonesia, Denny Sumargo, dia memahami pendirian Ameera yang tidak selesa melihat teman lelakinya terlibat dengan adegan dewasa bersama pelakon wanita lain.

“Mula-mula macam keliru tapi saya akan ikutkan apa yang Ameera mahu. Meera kata lebih bagus jangan terlibat dengan adegan-adegan dewasa.” katanya.

Jefri Nichol hormat & sayang Ameera

Tambahnya lagi, keputusan itu diambil atas dasar hormat dan sayang terhadap Ameera serta memikirkan hubungan percintaan mereka yang ketika ini sudah terjalin serius.

“Tak baik kalau kita teruskan kalau kita dah ada kekasih.” ujarnya lagi.

Keluarga Ameera kuat pegangan agama

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada peminat mereka dari Malaysia dan juga Indonesia.

Ada diantara mereka menyatakan bahawa Jefri terlihat lebih positif berbanding sebelum ini selepas menjalinkan cinta dengan adik kepada selebriti ternama Tanah Air, Neelofa.

image is not available

Seronok tengok Jefri dengan Ameera sekarang

image is not available

Ameera nampak sangat positif

image is not available

Artikel lain: “Telefon 48 jam tanpa henti..” – Kekasih kongsi layanan romantik bercinta dengan Ameera Khan

Hubungan Jefri dan Ameera sejak kebelakangan ini sering jadi tumpuan ramai, lebih-lebih lagi selepas mereka mula berkongsi momen bersama di media sosial.

Sumber: TikTok Bocil Reply, YouTube CURHAT Bang Denny Sumargo