Jefri Nichol Penuhi Permintaan Ameera Khan, Elak Berlakon Adegan ‘Panas’ - “Dia Kata Lebih Bagus…”

12 Jun 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol mendedahkan bahawa kekasihnya, pempengaruh Ameera Khan tidak merestui sekiranya dia terlibat dengan adegan-adegan dewasa yang ‘daring’ dalam lakonan.

 

Menerusi Jefri, perkara itu dibincangkan secara terbuka antara mereka berdua memandangkan hubungan cinta yang semakin serius.

 

Perkara itu dikongsikan Jefri dalam satu temu bual bersama pengacara, Denny Sumargo baru-baru ini.

 

“Kami ada bercakap tentang ini. Mula-mula macam keliru, tapi saya akan ikutkan apa yang Ameera mahu.

 

“Ameera kata lebih bagus jangan terlibat dengan adegan-adegan dewasa,” ujarnya.

 

Tambah pelakon filem Dear Nathan itu lagi, dia bersetuju dengan pandangan Ameera yang merasakan adegan sebegitu boleh menimbulkan ketidakselesaan apabila seseorang itu sudah berpasangan.

 

“Tak baik kalau kita teruskan (adegan dewasa) kalau kita dah ada kekasih.

 

“Contoh macam saya dengan pelakon wanita lain di set penggambaran dan buat adegan-adegan dewasa. Ini apa yang saya dan Ameera pernah bincangkan,” katanya lagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved