Jefri Nichol Gemar Sleep Call Teman Wanita Sebelum Tidur - “Lebih Tenang Tidur Kalau…”

24 Nov 2024 • 7:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Indonesia Jefri Nichol mendedahkan dia gemar untuk ‘sleep call’ atau menghubungi pasangannya setiap kali sebelum tidur.

Perkara tersebut dikongsi menerusi satu temubual bersama Ah Quote. 

Menurut Jefri, dia berasa lebih tenang untuk tidur sekiranya menghubungi teman wanitanya sebelum tidur. 

“Saya harus sleep-call, lebih tenang tidur kalau sleep call. Selalu nya dengan teman wanita. Kalau tengah single dengan siapa pun.

“Saya lebih suka telefon, saya tak suka mesej, video call kalau perlu sahaja. 

“Saya akan video call kalau nak tengok orang yang saya telefon itu sedang berada di mana.

“Betul atau tidak dia di situ,” ujarnya ketika menjawab soalan samada lebih suka mesej atau menelefon pasangan. 

@ahquote Cerita @Jefri Nichol kalau mau tidur itu wajib sleep call.. ? #ahquote #jefrinichol #livyrenata #fyp ♬ original sound - Ahquote


 

Terdahulu, pelakon filem Ali Topan itu menimbulkan sensasi apabila mengaku sudah meniduri lebih 20 wanita meski belum pernah berkahwin.

Kenyataan tersebut membuatkan pemuda itu dikecam kerana kenyataan tersebut disifatkan tidak patut disiarkan dan menjadi satu normalisasi kepada masyarakat kerana membawa pengaruh buruk.