Jejaka Teruja Dapat ‘Ciuman’ Daripada Daiyan Trisha - “Bro Anda Selalu Sangat Bertuah”

5 Oct 2023 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang jejaka yang dikenali sebagai Luqman melahirkan rasa teruja apabila dia menjadi individu yang bertuah mendapatkan buku penyanyi Daiyan Trisha berjudul Tulisan By Daiyan Trisha berserta ‘ciuman’.

 

Menerusi perkongsian video di TikTok, Luqman memberitahu dia berjaya mendapatkan buku terakhir yang mempunyai tanda tangan serta satu-satunya bentuk gincu ciuman daripada Daiyan.

 

“Saya dapat buku terakhir” tulis Luqman secara ringkas beserta emoji menangis.

 

Rata-rata netizen turut teruja dan menganggap Luqman adalah individu paling bertuah kerana mendapat satu-satunya buku tersebut.

 

Malah, netizen juga berharap pelakon drama siri Projek High Council itu perasan mengenai perkongsian Luqman.

 

“Saya sanggup lakukan apa saja untuk dapat tuah anda.

 

“Bro, anda selalu sangat bertuah,” komen beberapa netizen.

 

Terdahulu, Daiyan berkongsi video dia akhirnya berjaya menandatangi 2,000 buah buku Tulisan By Daiyan Trisha dan yang terakhir mempunyai ‘ciuman’ daripadanya.

 


image is not available