Jelajah Mega Penerangan UMNO bantu tingkat kefahaman isu semasa – Johari

LocalPolitics
3 Oct 2026 • 10:44 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jelajah Mega Penerangan UMNO bantu tingkat kefahaman isu semasa – Johari

PETALING JAYA – Program Jelajah Mega Penerangan UMNO Peringkat Wilayah Persekutuan mampu membantu meningkatkan kefahaman mengenai isu-isu semasa menerusi perbincangan dan pandangan secara kritis serta berhemah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, program berkenaan menyediakan ruang untuk perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai pelbagai isu semasa.

Beliau berkata, perbincangan sedemikian penting bagi membantu peserta memahami sesuatu isu dengan lebih menyeluruh serta menilainya berdasarkan ketelitian fakta.

“Saya percaya perbincangan seperti ini dapat meningkatkan kefahaman berkaitan isu-isu semasa.

“Semoga ruang program seperti ini dapat membantu kita menilai isu berasaskan ketelitian fakta serta menyampaikan pandangan secara kritis dan berhemah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pagi ini.

Terdahulu, Johari merasmikan Program Jelajah Mega Penerangan UMNO Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan di Menara Dato’ Onn, di ibu negara, malam tadi.

Program tersebut dianjurkan Penerangan UMNO Malaysia dengan menampilkan barisan panel bagi membincangkan isu semasa.

Antara yang turut hadir ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Mohd Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan serta Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Rafii, Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar. – KOSMO! ONLINE

The post Jelajah Mega Penerangan UMNO bantu tingkat kefahaman isu semasa – Johari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved