Ramai pengunjung F1 ‘sangkut’ lama nak balik? Taufiq turun padang pantau penambahbaikan!

3 Oct 2026 • 4:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari turun ke Litar Antarabangsa Sepang bagi memantau sendiri penambahbaikan segera susulan isu pengangkutan keluar masuk pengunjung yang berlaku semalam.

Tinjauan berkenaan dilakukan bagi melihat situasi semasa di lapangan serta memastikan langkah penambahbaikan yang diambil dapat melancarkan pergerakan pengunjung sepanjang penganjuran Gulf Air Bahrain GP.

Hasil tindakan segera yang dilaksanakan, keadaan pada hari ini dilaporkan lebih baik dan teratur berbanding sebelumnya.

Image from: Ramai pengunjung F1 ‘sangkut’ lama nak balik? Taufiq turun padang pantau penambahbaikan!

Usaha tersebut melibatkan kerjasama Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Bahrain International Circuit (BIC), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kelancaran pergerakan pengunjung turut dibantu sukarelawan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang berada di lapangan.

Image from: Ramai pengunjung F1 ‘sangkut’ lama nak balik? Taufiq turun padang pantau penambahbaikan!

Penambahbaikan itu dilaksanakan bagi memastikan pengunjung dapat keluar masuk kawasan litar dengan lebih teratur, selain menikmati Gulf Air Bahrain GP dalam keadaan lebih selesa dan lancar.

Tindakan segera berkenaan menyusul selepas timbul isu berkaitan pengangkutan keluar masuk pengunjung pada hari sebelumnya yang memerlukan beberapa penambahbaikan dilakukan bagi melancarkan perjalanan acara.

Sumber: Threads Taufiq Johari

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved