Lancar Semua Lagu, Jualan Album OST ‘Lovely Runner’ Catat Rekod Tertinggi

Music
6 Jun 2024 • 11:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

“Lovely Runner” telah membuka tempahan untuk jualan album OST drama tersebut.

Mengandungi sebanyak 54 buah lagu, termasuk 6 lagu yang dinyanyikan oleh Byun Woo-seok dan ECLIPSE, album tersebut telah memecahkan rekod dan menjadi album OST drama yang paling banyak ditempah dan dijual.

Malah, bilangan tempahan yang dikumpul dari peminat di seluruh dunia juga telah melebihi bilangan album yang telah disediakan oleh pihak produksi.

Perkara ini sekaligus telah menyebabkan album tersebut habis dijual di beberapa buah laman sesawang.

image is not available

Selain itu, pembekal album “Lovely Runner” iaitu CJ ENM turut menyatakan bahawa pihak mereka sedang mengorak langkah untuk memastikan bahawa album-album yang ditempah akan dapat diterima secepat mungkin tanpa sebarang masalah.

Korang beli ke tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.