Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Laungan azan bukan sekadar memaklumkan telah masuknya waktu solat, sebaliknya ia juga laungan yang mengajak orang ramai untuk melaksanakan solat seperti yang telah diamanahkan oleh Allah SWT kepada setiap hambanya.
Malah ramai yang mengajar anak-anak mereka untuk melaungkan azan sejak dari kecil lagi.
Kanak-kanak lelaki azan di R&R jadi perhatian
Baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki menjadi perhatian sewaktu sedang melaungkan azan di sebuah surau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Irzan di Threads, katanya dia sangat kagum dengan laungan azan kanak-kanak lelaki tersebut.
“MasyaAllah kagum dengan laungan azan adik sorang ni. Respect (tabik) pada cara didikan ayahnya (duduk bersama adiknya di belakang),” kata Irzan.
Terkesima sebaik dengan laungan azan dari kanak-kanak lelaki tersebut
Menurut Irzan awalnya dia mahu berhenti untuk solat Maghrib secara sendirian di R&R tersebut.
Namun apabila melangkah sahaja ke dalam surau terbabit dia terkesima sebaik mendengar alunan azan kanak-kanak lelaki itu.
“Lantunannya jelas dan berlagu. Aku terus buat keputusan solat berjemaah. Ayahnya yang jadi imam pun sedap bacaannya.”
Irzan turut mendoakan agar kanak-kanak berkenaan terus istiqamah dengan perkara itu.
View on Threads
Ramai puji suara azan kanak-kanak sedap
Melihat di ruangan komen, ramai turut memuji kanak-kanak berkenaan dan menyifatkan suaranya begitu lunak.
Irzan di ruangan komen turut menyifatkan dia tidak puas mendengar laungan azan oleh kanak-kanak terbabit kerana sewaktu sampai di ruangan solat, azan itu sudah di bahagian penghujung.
Rupanya pernah juarai pertandingan azan
Terdapat salah seorang pengguna Threads, dipercayai rakan kepada bapa kanak-kanak terbabit memaklumkan si kecil itu pernah menjuarai pertandingan azan dalam sebuah program masjid.
Malah individu itu turut mengatakan sudah mengenali suara kanak-kanak itu sebaik mendengar laungan azan terbabit.
Bahkan ada yang menyifatkan lenggok suaranya ketika azan persis seperti di Masjid Nabawi, Madinah.
“Aku pun rasa tak puas dengar dia azan. Sampai je ruangan solat tu dia dah sampai part hujung (azan)”

“SSeronok ada ahli keluarga macam ni. Sejuk rasa hati”

“Anak yang hebat adalah dari ibu ayah yang hebat. Tahniah buat keluarga adik ni”

“Azan Masjid Nabawi, MasyaAllah”


