Jelaskan dalam bahasa Tamil, Kenchana Dewi mohon 3 penyampai radio dimaafkan

LocalEntertainment
7 Mar 2025 • 8:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Kenchana Dewi mohon

Pelakon dan pelawak terkenal, Kenchana Dewi mohon tiga penyampai radio dimaafkan selepas tampil bersuara mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan ini di media sosial.

Kenchana Dewi mohon penyampai radio dimaafkan

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, Kenchana yang menjelaskan dalam bahasa Tamil telah menyeru masyarakat khususnya kaum India untuk bersikap terbuka dan memaafkan mereka bagi mengelakkan ketegangan berlarutan.

Dalam video tersebut, Kenchana menegaskan bahawa penting untuk saling memaafkan agar tidak menjejaskan keharmonian kaum di Malaysia.

Dia juga menasihati orang ramai agar tidak terus menyalahkan penyampai radio terbabit tanpa memahami konteks sebenar situasi yang berlaku.

image is not available

Kenchana Dewi mohon mereka dimaafkan, minta tak terus saling menyalahkan

Selain itu, Kenchana turut meninggalkan kapsyen yang jelas menunjukkan pendiriannya terhadap isu ini.

“Permintaan saya, tolong maafkan kesemua penyampai radio Era FM,” tulisnya.

Ramai beri respon positif

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi positif dengan menyokong kenyataan pelakon sitkom Puteri ini dengan menyifatkan ia sebagai satu langkah ke arah keharmonian.

Dapat dilihat juga rakan-rakan berbangsa India menyatakan hal sama dengan merasakan tindakan meminta maaf yang dilakukan oleh mereka sudah cukup serta meminta semua pihak untuk ‘move on’ agar perpaduan di Malaysia terus terjaga.

image is not available

Jadikan pengajaran atas apa yang berlaku

image is not available

Rakan-rakan India juga sokong kenyataan Kenchana

image is not available

Kita semua satu Malaysia

image is not available

Lebih elok saling memaafkan sebab mereka juga ada keluarga

image is not available

Terdahulu, isu melibatkan tiga penyampai radio sebuah stesen swasta telah mendapat perhatian ramai sehingga pelbagai pihak tampil memberikan kenyataan.

Ketiga-tiga penyampai radio dan beberapa lagi pihak telah dipanggil polis bagi memberikan kenyataan susulan terdapat laporan polis dibuat.

Mereka juga telah digantung kerja walaupun permintaan maaf sudah dibuat susulan tularnya video didakwa mempersendakan tarian keagamaan Hindu.

Sumber: TikTok kanchanasecretskincare